Kenapa PAS tolak pindaan Akta 164
- Harakah Daily
- Aug 20, 2017
- 1 min read
PAS telah menganjurkan Muzakarah Akta 164 pada 16 Ogos 2017 yang lalu secara tertutup di Hotel De Palma Ampang. Muzakarah ini dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato' Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan), Encik Aidil Khalid (Concerned Lawyer for Justice), Haji Abdul Rahim Sinwan (Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia), Encik Lukman Sheriff (Pengerusi Malaysian Lawyer Circle), Encik Aminudin Yahya (Sekretariat Ummah) dan Datuk Wan Ahmad Fauzi Haji Wan Husain (Panel Penasihat LUHAM).
Secara dasarnya melalui muzakarah ini, adalah dirumuskan:
1. Adalah diakui, bahawa suatu pindaan terhadap undang-undang sedia ada sememangnya diperlukan, khususnya bagi menyelesaikan masalah status perkahwinan tergantung apabila seseorang bukan Islam yang pada awalnya berkahwin dalam perkahwinan sivil, memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun, pindaan tersebut hendaklah mengambil kira hak dan kepentingan kesemua pihak, dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.

Baca laporan penuh di Harakah Daily.
Comments